Apple sebentar tadi telah melancarkan iPad terbaru, iPad mini 5G, Apple Watch Series 7, iPhone 13 mini dan iPhone 13 serta iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Sekiranya anda berasakan barisan iPhone 13 tidak berapa menarik untuk dibeli atau kekangan bajet, iPhone 12 masih lagi relevan.

Apple kini telah mengemaskini harga bagi iPhone 12 mini dan iPhone 12 yang mana masing-masing bermula RM2899 dan RM3399. Selain itu, iPhone 11 juga dijual pada harga bermula RM2399.

Dengan ini, secara rasminya tiada lagi penawaran iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max kerana mahu memberikan laluan buat iPhone 13 Pro.