Dengan lambakan siri iPhone 12 yang telah mula diterima oleh pengguna selepas dijual secara rasmi, secara tidak langsung ada yang mula berhadapan dengan masalah penggunaan seharian.

Terkini, beberapa pengguna iPhone 12 termasuk model iPhone 12 Pro telah mula melaporkan masalah rangkaian LTE dan 5G terputus apabila bergerak ke satu tempat lain ataupun memandu.

Pengguna-pengguna yang mengalami masalah ini telah melaporkannya melalui platform seperti Reddit dan forum rasmi Apple, namun setakat ini Apple masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Isu ini walau bagaimanapun tidak kelihatan seperti suatu masalah untuk pengguna Malaysia, namun dengan jumlah laporan yang kian meningkat, tidak mustahil ia akan berjangkit secara tiba-tiba di sini.

Sumber: 9to5Mac