Selain iOS 15, Apple turut memperlihatkan iPadOS 15 yang mana seperti iOS 15, tidak banyak benda baharu. Namun, menampilkan fungsi penting yang sepatutnya sudah patut lama ada.

Baca juga – iOS 15 Diperkenalkan – “iOS 14” Yang Ada Banyak Ciri Baharu

Secara asasnya, apa yang ada pada iOS 15 tetap ditawarkan pada iPadOS 15. Cumanya kali ini iPad lebih mudah untuk melakukan multi-tugasan (multi-tasking). Ini termasuk dari skrin penuh, split viewcenter window serta susun atur multi-tugas.

Selain itu, App Library juga sudah dibawa ke iPad yang menampakkan lebih kemas. Terdapat juga widget baharu yang sesuai untuk digunakan pada tablet ini.

Tambahan lagi, ciri Quick Note turut ditambah yang mana pengguna boleh terus menulis pada iPad di mana-mana aplikasi yang sedang dibuka membuatkan pengambilan nota lebih cekap.

Melaluinya, ia adalah langkah awal oleh Apple bagi menjadikan iPad ini lebih selesa digunakan seperti komputer riba, selari dengan pengenalan iPad Pro M1 yang lebih berkuasa.

Baca juga – Cip M1 Terlalu “Power” Untuk iPad Pro

Sumber: Siaran Akhbar Apple