Produk kedua diumumkan Apple hari ini adalah iPad mini. Perubahan terbesar pada iPad mini kali ini adalah sokongan capaian 5G.

iPad mini terbaru ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 8.3 inci, dilengkapi ciri Touch ID sepertimana iPad Air dan kuasa yang dipertingkatkan sehingga 40% bagi kuasa pemprosesan dan 80% bagi kuasa grafik yang dijana oleh cip Apple A15 Bionic.

Selain itu, kamera iPad mini juga dipertingkatkan dan menyokong ciri Center Stage serta kini menggunakan sambungan USB-C.

iPad mini terbaru ini kini berharga dari RM2,299.00