Susulan daripada pelancaran barisan model terbaru iPad, iPad mini, iPhone 13, iPhone 13mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, Apple juga mengumumkan barisan sistem operasi bagi peranti peranti tersebut termasuklah iOS 15, iPadOS 15, watchOS 8 dan tvOS 15 akan ditawarkan kepada semua penggunanya pada 20 September ini.

Walaubagaimanapun, Apple tidak pula mengumumkan tarikh penawaran bagi satu lagi sistem operasi iaitu macOS Monterey hari ini.

Ia kemungkinan akan diumumkan dalam bulan Oktober nanti di mana Apple dikhabarkan akan melancarkan model terbaru komputer riba Macbook nanti.

Jadi, berkemungkinan tarikh penawaran rasmi macOS Monterey hanya akan diumumkan selepas pelancaran komputer riba Apple tersebut.