Awal pagi tadi, Apple secara rasminya memperkenalkan iOS 15. Walaupun tiada pembaharuan pada antaramuka (UI) dilihat pada iOS ini tetapi Apple menambahbaik beberapa fungsi yang lebih baik kepada penggunanya.

Baca juga – Hampir 26% Pengguna iPhone Lari Ke Peranti Android

Oleh itu, ini adalah beberapa ciri baharu yang patut anda tahu.

FaceTime

FaceTime tampil tepat pada waktunya memandangkan situasi sekarang lebih kerap memaksa pengguna untuk sentiasa melakukan kerja dalam talian.

Ia kini mempunyai spatial audio, audio isolation dimana membuang segala bunyi persekitaran yang tidak diingini serta mod potret.

Selain itu, apa yang paling menarik adalah FaceTime Links yang membolehkan pengguna daripada aplikasi lain untuk berhubung dengan perbualan di FaceTime.

Akhir sekali adalah SharePlay, fungsi seperti yang ada pada aplikasi lain, iaitu membolehkan pengguna berkongsi skrin, mendengar muzik atau menonton video strim bersama-sama.

Message

Message atau iMessage juga menerima pembaharuan seperti photo stack yang lebih mudah untuk melihat gambar yang dihantar dengan banyak.

Selain itu, terdapat juga fungsi “Share with you” seperti “drag and drop” pautan dan paling menarik perhatian adalah “Live Text” yang mana boleh memilih (select) tulisan yang ada pada gambar dan menukarkannya dalam bentuk teks.

Notifikasi

Notifikasi kali ini dilihat lebih tersusun dengan adanya ringkasan (notification summary). Pengguna juga boleh menetapkan notifikasi mana yang lebih utama untuk diterima dalam tempoh tertentu.

Baca juga –¬†Storan iPhone Berkurang? Ikuti Langkah Mudah Ini

Tambahan lagi, mod “Do Not Disturb” juga boleh dilihat pada aplikasi Messages dan terbaharu, ada mod “Focus”. Pengguna boleh menyesuaikan mod untuk memfokuskan kerja, hiburan atau bersosial.

Dalam erti kata lain, mod tersebut memberikan pengguna pengawalan yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

Antara lainnya adalah memories pada Photos yang lebih cantik dan tidak bosan, “Keys” serta Apple ID dalam Wallet, aplikasi weather menerima animasi baharu, peta Apple Maps yang lebih terperinci, antaramuka Safari baharu, privasi dipertingkatkan dan banyak lagi.

Baca juga – Ini iPhone Yang Boleh Menjalankan iOS 15

Seperti biasa, ini adalah antara fungsi-fungsi awal yang terdapat pada iOS 15 dan kebiasaannya akan ada beberapa penambahan lain semasa percubaan beta berjalan.

iOS 15 buat masa ini hanya terhad untuk pembangun (Developer) sahaja dan beta umum (public beta) akan ditawarkan pada Julai ini.

Sumber: Siaran Akhbar Apple