Pada pengenalan iOS 15 beberapa bulan yang lalu, Apple telah mengumumkan sokongan Conversation Boost untuk peranti AirPods Pro.

Kini, pengguna beta pembangun sudah mula menerima fungsi baharu tersebut menerusi kemas kini firmware AirPods Pro (4A362b).

Sekiranya anda terlupa apakah fungsi Conversation Boost, ia membantu pengguna untuk mendengar individu yang bercakap dengannya lebih jelas walaupun sedang memakai AirPods Pro.

Selain itu, ia memberikan kawalan “Ambient Noise Reduction” yang sebelum ini tidak ditawarkan.

Secara tidak langsung, selepas ini tiada masalah bagi anda untuk menggunakannya di tempat yang mempunyai persekitaran yang bising seperti restoran apabila boleh “dine-in” nanti.

Sumber: reddit

Baca juga artikel berkaitan: