Apple hari ini telah mengemas kini bilangan penggunaan iOS, yang turut menunjukkan kadar penggunaan iOS 14 secara rasmi. Berdasarkan data Apple, sehingga 15 Disember 2020, iOS 14‌ telah dipasang pada 81% iPhone yang diperkenalkan empat tahun terakhir.

Sementara itu, 17% daripadanya masih menggunakan iOS 13 dan hanya 2% masih menggunakan sistem operasi yang lebih awal dari iOS 13.

data pengguna iOS 14 iPhone

Ini bermakna, 19% pengguna masih menjalankan sistem operasi selain iOS 14 walaupun mempunyai sokongan kemas kini sistem operasi terbaru.

Bagi kategori keseluruhan pula, ianya termasuk peranti yang tidak mempunyai sokongan untuk menjalankan kemas kini. Untuk kategori ini, 72% iPhone telah menggunakan sistem operasi iOS 14, 18% menggunakan iOS 13 dan 10% menjalankan iOS yang terdahulu.

Sumber: Apple