Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS dan iPadOS 14.4. Menerusi kemas kini terbaru, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan dan baik pulih pepijat.

iOS 14.4 membolehkan kamera mengimbas dan mengesan kod QR yang lebih kecil. Selain itu, terdapat pilihan di bahagian Bluetooth untuk menentukan jenis peranti yang disambungkan.

kemaskini iOS 14.4

Apple juga telah memuatkan ciri notifikasi amaran apabila kamera pada iPhone tidak dapat mengesahkan lensa yang digunakan adalah baru dan asli. Bagaimanapun, ciri ini hanya hadir pada siri iPhone 12.

Kemaskini ini juga menawarkan baik pulih pepijat dan penambahbaikan yang lain dan ini adalah senarai penuh dalam kemaskini iOS 14.4:

  • Smaller QR codes can be recognised by Camera
  • Option to classify Bluetooth device type in Settings for correct identification of headphones for audio notifications
  • Notifications for when the camera on your iPhone is unable to be verified as a new, genuine Apple camera in iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro and iPhone 12 Pro Max

This release also fixes the following issues:

  •  Image artefacts could appear in HDR photos taken with iPhone 12 Pro
  • Fitness widget may not display updated Activity data
  • Typing may be delayed and word suggestions may not appear in the keyboard
  • The keyboard may not come up in the correct language in Messages
  • Enabling Switch Control in Accessibility may prevent phone calls from being answered from the Lock Screen

Dalam pada itu, kemas kini iOS 14.4 juga hadir dengan baik pulih keselamatan bagi kerentanan yang mungkin dieksploitasi secara aktif oleh penggodam. Pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini peranti dengan iOS 14.4 secepat yang mungkin.

Untuk muat turun kemas kini iOS 14.4, ianya boleh dilakukan melalui aplikasi Settings > General > Software Update > Download and Install.