Apple hari ini melepaskan kemas kini iOS 12.5.4 yang mana ia penting terutama buat peranti lama seperti iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad mini 2, iPad mini 3 dan iPod touch.

Dalam erti kata lain, mana-mana peranti yang tidak dapat menaiktaraf iOS 13 akan menerima kemas kini baharu ini. Melaluinya, dua tampalan berkaitan WebKit dan satu lagi adalah untuk sekuriti dimana mudah terdedah dengan ancaman.

Baca juga – iOS 15 Diperkenalkan – “iOS 14” Yang Ada Banyak Ciri Baharu

Untuk mengemaskini, pengguna seperti biasa perlu pergi ke Settings>General>Software Update.

Selain itu, kemas kini tersebut juga menunjukkan Apple masih lagi belum mengabaikan peranti yang sudah mula dilanjut usia.