Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iOS 11.3 – Ibu Bapa Boleh Benarkan Anak-Anak Beli Aplikasi Dengan Face ID

Posted on Januari 31, 2018Januari 31, 2018

Ciri Face ID yang diperkenalkan pada iPhone X pada awalnya memberi sedikit kesukaran kepada pengguna yang sudah terbiasa dengan Touch ID.

Kini menerusi iOS 11.3 versi beta, selain kata laluan, ciri Face ID dikatakan boleh digunakan untuk memberi kebenaran pada peranti anak-anak untuk membeli aplikasi dari App Store.

  • Baca juga – 6 Ciri Terkandung Dalam Kemaskini iOS 11.3

Berdasarkan video dibawah, kebenaran untuk pembelian yang pertama akan meminta ibu bapa memasukkan kata laluan. Sejurus selepas itu, iOS akan memberikan pilihan sama ada pengguna mahu mengaktifkan ciri Face ID untuk proses beri kebenaran yang seterusnya ataupun tidak.

Selepas ciri diaktifkan, apabila permintaan kebenaran baru diterima dan pengguna menekan butang Buy, Face ID akan dilancarkan. Difahamkan versi stabil iOS 11.3 akan mula ditawarkan kepada umum pada Mac hadapan.

Sumber: 9t05mac

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress