Beberapa hari lalu, Intel telah perkenalkan model terbaru komputer meja yang dibangunkan khusus untuk penstriman dan merakam permainan komputer.

Komputer meja Intel® NUC 11 Extreme Kit ini yang menggunakan kod nama “Beast Canyon” adalah kit komputer meja mini modular yang menyokong sehingga model cip pemprosesan Intel® Core™ i9 Gen 11 8 teras, 16 bebenang, dan frekuensi setinggi 5.0 GHz.

Compact Intel NUC 11 Extreme Kits are designed to provide powerful, immersive gaming experiences. For performance, connectivity, and modularity, the Intel NUC 11 Extreme kit delivers massive performance with a small footprint.” Intel.

Intel® NUC 11 Extreme Kit ini juga dilengkapi dengan 2 sambungan Thunderbolt 4, Intel Wi-Fi 6E, 1x sambungan Ethernet 2.5-gigabit Intel®, dan pembekal kuasa 650-watt.

Ia boleh dikustomasi dengan kad grafik bersaiz penuh dengan adakan 4 slot M.2. Bagi sistem penyejukan pula ia dibantu oleh 3x kipas bersaiz 92mm yang senyap.

Siap dengan lampu RGB di bawah kerangka dan RGB logo hadapan yang boleh dikustomasikan.

Intel menyatakan, Intel NUC 11 Extreme Kits ini dijangka akan dipasarkan bermula suku ketiga tahun ini.

Ia berharga dari USD1,150.00 hingga USD1,350.00 untuk kit Intel Core i7 dan Intel Core i9.

Sumber: Intel

Baca juga: Intel Mengumumkan Cip Pemprosesan Terbaru Xeon W-3300