Pembangun cip pemprosesan komputer terkemuka, Intel Corporation telah perkenalkan cip pemprosesan generasi ke-12 terbaru mereka yang menggunakan kod nama Alder Lake.

Intel memaklumkan bahawa Alder Lake adalah cip hibrid pertama mereka yang direka berteraskan prestasi dan jimat tenaga dengan adanya sistem terbaru yang dibangunkan Intel yang dikenali sebagai Intel Thread Director.

Intel menyatakan, teknologi hibrid dari sistem tersebut menggabungan teras prestasi dan teras jimat tenaga di dalam cip itu berfungsi selari dengan sistem operasi komputer.

Menjadikan Alder Lake memenuhi kehendak pelanggan mereka yang mahukan cip berkuasa tetapi pada masa yang sama jimat tenaga untuk komputer riba ultra nipis mahupun komputer meja.

Alder Lake dijangka akan dilancarkan menerusi barisan komputer riba terbaru pada tahun ini.

Sumber: Intel

Baca juga: Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power