Intel telah mengumumkan kehadiran cip pemprosesan terbaru Intel Xeon W-3300 yang memfokuskan pengguna profesional dalam pelbagai industri

Intel Xeon W-3300 ditawarkan menerusi 5 cip pemprosesan iaitu W-3375, W-3365, W-3345, W-3335 dan W-3323 yang memberikan prestai maksimum.

Ia dimuatkan dengan 38 teras (cores) dan 76 bebenang (threads) dengan teknologi Intel Hyper-Threading Technology, yang memberikannya kuasa pemprosesan sehingga 4.0 GHz.

Intel mendakwa, Xeon W-3300 menjadikan prestasi Cinema 4D meningkat sehingga 45% lebih pantas, 26% ketika render preview di perisian AutoDesk Maya dan meningkatkan prestasi perisian suntingan video Adobe Premiere Pro sehingga 20%.

Sumber: Intel