Intel telah pun mengumumkan secara rasmi kad grafik mereka di bawah jenama Intel Arc. Tetapi Intel tidak pula mendedahkan secara jelas reka bentuk kad grafik mereka itu kepada umum setakat ini.
Namun begitu, Intel ada meraikan pelancaran kad grafik Arc mereka dengan menerbangkan sebanyak 1000 unit dron Intel yang membentuk pelbagai visual menarik.
Dalam banyak-banyak visual yang dipaparkan itu, turut diselitkan adalah reka bentuk yang menyerupai sebuah kad grafik. Sekaligus memungkin ia adalah rupa kad grafik Intel Arc Alchemist.
We’ve painted pixels in the sky with 1,000 Intel drones. Now, that’s a visual experience. What will you create next? https://t.co/FYeygLy6Oh #IntelArc #inteldrones #inteldronelightshows #dronelightshows pic.twitter.com/c0Q4ycNYVS
— Intel Graphics (@IntelGraphics) August 17, 2021
Intel memaklumkan kad grafik Arc Alchemist dijangka akan tiba di pasaran seawal suku pertama tahun hadapan.
Tetapi buat masa ini Intel masih belum mendedahkan secara jelas spesifikasi kad grafik mereka itu. Ura-ura ada menyebut bahawa syarikat yang dipercayai mengilangkan cip kad grafik Intel Arc adalah TSMC iaitu syarikat sama yang menghasilkan kad grafik untuk AMD.
Baca juga: Arc, Jenama GPU Berprestasi Tinggi Pertama Dari Intel