Untuk CES 2020, Intel mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan cip pemprosesan mudah alih Gen Ke-10 Siri H yang baharu. Buat kali pertamanya, cip ini bakal menawarkan kelajuan melebihi 5GHz.
Gen Ke-10 Siri H dengan Core i7 bakal menawarkan kelajuan lebih pantas daripada Core i9-9980HK yang sedia ada (mempunyai kelajuan maksima 5GHz). Untuk cip pemprosesan Core i9 pula, prestasinya akan lebih pantas, menawarkan sehingga 8 teras dan 16 bebenang kuasa dengan kelajuan maksimum melebihi 5GHz.
Seperti cip Intel Gen ke-10 yang lain, ia dijangka mempunyai sistem dengan Wi-Fi 6, Thunderbolt 3 dan menyokong Optane Memory.
Intel masih belum mendedahkan tarikh pelancaran bagi cip ini, namun ia akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sumber: Forbes, Tom’s Hardware