Facebook Massenger adalah aplikasi untuk menghantar mesej. Dahulu ianya adalah sejenis medium chat di Facebook, dan kini ianya adalah sejenis aplikasi berasingan dan pelbagai fungsi lain di tambah oleh Facebook.

Facebook baru baru ini telah mengumumkan tentang fungsi terbaru yang di panggil Instant Video. Instant Video ini memberi peluang kepada anda untuk berhubung dan berbual secara langsung dengan fungsi tambahan seperti menambah tulisan atau gambar.

Ya, fungsi video calling sudah ada pada Facebook Massenger ini. Jadi apa yang baru? Instant Video ini direka dengan fungsi yang mudah dan segera.Facebook mengatakan melalui Instant Video, ia membolehkan pengguna
berkongsi detik-detik menarik dengan pantas dan kembali berkomunikasi
seperti biasa melalui Messenger.

Pengguna boleh tap pada ikon video pada bila-bila
masa, dan seterusnya berkongsi video panggilan ataupun menggunakan
kamera untuk memaparkan sekitar anda. Facebook tidak mengaktifkan
sokongan audio ketika Instant Video ini, tetapi ia boleh diaktifkan
secara manual. Sebaik sahaja selesai berkongsi sesuatu detik, pengguna
boleh kembali untuk menghantar dan menerima teks, gambar dan sebagainya
seperti biasa. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu perkongsian
panggilan video satu arah, ataupun kepada kedua-dua arah. Video yang
dipaparkan pula hadir dalam bentuk sebuah tetingkap kecil di atas
tetingkap Messenger sedia ada.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi
Messenger di iOS dan Android ke versi terbaru, dan menikmati fungsi
Instant Video ini. Ianya seakan akan seperti aplikasi Snapchat dengan fungsi yang sama. ini bukanlah pertama kali Facebook atau salah satu dari aplikasinya menggunakan fungsi yang sama seperti Snapchat, Instagram Stories yang muncul pada awal bulan Ogos, menggunakan idea yang sama seperti Snapchat untuk mengumpul gambar dan video. Malah Facebook juga dikatakan akan menggunakan ciri face-swapping yang sama seperti Snapchat untuk Facebook Live dalam masa terdekat ini.