Pertengahan Mei lalu, ura-ura mengatakan Instagram sedang mengusahakan ciri memuat naik gambar atau video melalui pelayar web di komputer.
Terbaru, dilaporkan ada pengguna berkongsi terdapat butang “(+)” pada Instagram web dan mereka boleh membuat kiriman menggunakan ciri tersebut.
NEW! @Instagram lets you create + publish posts via desktop! pic.twitter.com/JWzwKg1kyO
— Matt Navarra (@MattNavarra) June 24, 2021
Walaupun begitu, ia belum lagi tersedia untuk umum dan berkemungkinan diuji pada kelompok kecil pengguna terpilih terlebih dahulu.
Ciri ini sememangnya ditunggu ramai kerana ia akan membantu pengguna terutama golongan profesional. Pengguna dapat menjimatkan masa dengan kebolehan menyunting dan memuat naik secara terus melalui komputer.
Sama-sama kita nantikan ketibaan ciri berguna yang sangat diminta ramai ini.
Sumber: MattNavarra
Baca juga – Cara Matikan “Message Request” Di Instagram
Baca juga – Tak Perlu “Screenshot”, Twit Dari Twitter Dah Boleh Kongsi Ke IG Stories