Tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi TikTok kini kian menjadi pilihan pengguna. Ini kerana perkongsian video pendek pada TikTok lebih mudah menarik perhatian terutama dalam generasi muda.
Setelah memperkenalkan Reels, Instagram dikatakan sedang membangunkan ciri menatal Stories secara menegak. Penggunaannya adalah sama yang kita lihat pada TikTok.
#Instagram is working on Vertical Stories š
Swipe up and down to browse stories. pic.twitter.com/LDJje8l137— Alessandro Paluzzi (@alex193a) February 2, 2021
Laporan melaluiĀ Techcrunch, Instagram mengesahkan perkara ini dimana kod perubahan bagi Instagram sedang dibangunkan.
Dengan ini, pengalaman untuk menonton Stories rakan-rakan lebih mudah dan secara tidak langsung, mungkin Instagram akan menjadi pencabar terdekat bagi TikTok.
Sumber: Techcrunch