Platfom perkongsian foto popular, Instagram mungkin tidak lagi mahu dikenali sebagai sebuah platfom perkongsian foto.

Sebaliknya Instagram akan mengikut jejak sepertimana platfom perkongsian video popular seperti TikTok dan YouTube.

Ia berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua platfom itu iaitu Adam Mosseri di laman Twitter.

And so people are looking to Instagram to be entertained, and there’s stiff competition, and there is more to do and we have to embrace that. And that means change.” Adam Mosseri.

 

Perubahan itu perlu dibuat kerana hasil kaji selidik yang dijalankan instagram menunjukkan penggunanya mahukan platfom foto itu menjadi lebih menghiburkan.

Jadi akan berlaku perubahan besar-besaran pada Instagram yang pastinya tidak lagi kepada fotografi tetpi akan mengikut trend semasa iaitu dengan fokus mereka akan terarah kepada video.

Sumber: PetaPixel