Akaun Instagram Disneyland Resort dilaporkan telah digodam awal pagi semalam dengan hantaran berbaur perkauman setelah seorang “super-hacker” mengakui sedang membalas dendam terhadap taman tema itu.
Pelakunya membuat empat hantaran di akaun Instagram Disneyland, yang menyiarkan gambar dengan kata-kata kotor itu.
Penggodam itu memperkenalkan dirinya sebagai David DO, dan menyiarkan dua swafoto berserta meme.
The official Disneyland Instagram appears to have been hacked. At least four recent posts contain racial slurs and expletives. pic.twitter.com/mzQMUFwWjh
— Ashley Carter (@AshleyLCarter1) July 7, 2022
Dalam kapsyen salah satu gambar, dia berkata dia penat dengan semua pekerja Disney “mengejek”nya, menggunakan bahasa berunsur perkauman dan makian.
Dalam hantaran berikutnya, penggodam itu juga mendakwa telah mencipta virus Covid-19 dan mengancam untuk mengeluarkan virus “Covid-20” baharu.
Dengan pantas, pihak Disneyland telah memadam semua hantaran tersebut, serta berkata siasatan telah mula dijalankan.
Disneyland yang berpangkalan di Anaheim, California mempunyai 8.4 juta pengikut di Instagram dan biasanya menyiarkan kandungan yang memaparkan perarakan, permainan, dan acara taman itu.
Sumber: New York Post
Gambar utama: KYMN