Instagram dikatakan sedang menampilkan susun atur baru pada bahagian foto di profil pengguna. Kebiasaannya, foto yang dimuat naik akan dipaparkan secara 3 baris tetapi berdasarkan beberapa tweet, didapati ia kini berubah menjadi 4 baris.
Walaupun masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi mengenai kemaskini tersebut, perubahan itu dilihat telah berlaku kepada beberapa akaun pengguna. Kebanyakkan daripada mereka tidak menyukai pembaharuan yang dilakukan kerana ia merosakkan paparan foto mereka.
Terdapat segelintir pengguna kreatif yang memuat naik beberapa keping foto supaya menjadi satu foto besar yang menarik, jadi dengan kemaskini yang mengubah susun atur ini, ia sudah pasti membuatkan mereka kecewa.
Dibawah antara keluhan pengguna Instagram di Twitter.
I swear if @instagram switches to 4 grid feed im sueing π I've spent years perfecting my feeds. don't ruin it. No 4 grid update please. ππ
— μΈμ¬ (@ikonfinite131) September 17, 2017
THE DAY I GET A 4 GRID UPDATE ON @instagram I AM UNINSTALLING IT !
— VISHAKHA SODHA (@vishakhasodha) September 14, 2017