Instagram hari ini sememangnya sudah berbeza daripada Instagram 2 tahun lalu. Bukan sahaja dari segi antaramuka namun juga pengenalan ciri baharu.
Pengenalan Reels sendiri dilihat salah satu cubaan Instagram untuk menyaingi TikTok dan hari ini Instagram mengumumkan sebuah ciri baharu yang turut ‘dicuri’ daripada pesaing mereka.
Ciri Reels Visual Replies ini membenarkan pengguna membalas komen di Reels dengan video sama seperti di TikTok. Bezanya di Instagram ia terhad untuk komen di Reels.
Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna di seluruh dunia dan mungkin mengambil sedikit masa untuk pengguna tempatan.
Baca juga:
- Tak Payah Beratur Panjang, Ini Cara Bayar Saman Melalui ATM
- Pengguna Malaysia Jadi Mangsa, Facebook Tak Reti Beza Iklan Politik Dengan Iklan Sebenar
- ‘Lipas Cyborg’, Boleh Digunakan Untuk Operasi Menyelamat