Dalam menghasilkan sesebuah telefon pintar, rekaan adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Ini kerana, selain melihat kepada spesifikasi, rata-rata pengguna akan lebih tertarik kepada telefon dengan rekaan yang unik.

Begitu juga telefon pintar ini, ribuan lukisan telah dihasilkan sebelum memilih rekaan yang unik dengan pilihan warna yang terbaik. Pilihan vivo dalam memilih rekaan dan pilihan warna terbaik turut menerima pujian daripada netizen.

Untuk vivo V20 SE, tidak hanya pada warna baharu Aquamarine, perkara yang sama telah dilakukan untuk warna sebelumnya lagi iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue. Warna baharu ini telah mula ditawarkan pada 1 Disember lalu.

Ikut trend terkini

vivo V20 SE yang pertama kali diperkenalkan dengan warna baharu ini mengambil inspirasi daripada “the heart of sea blue” – duyungIa menghasilkan kontras melalui warna biru-ungu. Menariknya, panel belakang akan kelihatan dengan pelbagai warna yang berbeza apabila dilihat pada sudut pandang yang berbeza. Mungkin anda tertanya, bagaimana telefon dengan warna yang berubah-rubah ini terhasil?

Telefon dengan panel yang mempunyai warna berubah-ubah ini terhasil dengan usaha vivo yang telah memfokuskan kepada strategi pembangunan teknologi dan juga penampilan rekaan peranti termasuk pandangan halus mengenai kemunculan trend yang terkini.

Bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, pasukan rekabentuk vivo telah menghasilkan ribuan lukisan sebelum memilih warna yang sesuai dan melancarkannya.

Ditambah pula vivo V20 SE yang mempunyai rekaan Magical Sleek, ia menjadikan telefon pintar dalam siri V sentiasa ringan dan nipis. Dari segi binaan, bagi memastikan rekaan yang lebih baik dan mengoptimumkan struktur binaan dalaman, beratnya telah dikawal dan diseimbangkan. V20 SE hanya mempunyai berat 171 gram, dengan ketebalan ternipis pada 7.83mm.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, vivo mempunyai kelebihan untuk memahami dan memenuhi keperluan pengguna dengan jelas. vivo V20 SE dengan warna baharu yang dilancarkan ini juga adalah hasil daripada maklum balas positif pengguna. Selain keupayaan swafoto yang hebat, V20 SE juga telah menarik perhatian sebilangan besar pengguna melalui rekaan yang lebih segar dan mengikut trend yang terkini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan vivo V20 SE dengan warna baharu Aquamarine, ia ditawarkan pada harga RM1,199 dan tersedia bermula 5 Disember 2020. Anda boleh mendapatkan V20 SE di mana-mana kedai jualan vivo secara fizikal atau dalam talian melalui Lazada dan Shopee.

Untuk mengetahui lebih banyak tawaran menarik, layari halaman Facebook, Youtube dan Instagram vivo.

*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia