Insiden penipuan siber di Malaysia terus menjadi penyumbang utama kepada statistik insiden yang berlaku sehingga April tahun 2021 ini.

Selain daripada kes penipuan, 8 kategori kes lagi termasuklah spam, percubaan pencerobohan, penafian perkhidmatan, penipuan, gangguan siber, laporan kerentanan, kod jahat, berkaitan kandungan dan pencerobohan.

Berdasarkan kepada laporan yang diterima oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) melalui pusat bantuan Cyber999, insiden penipuan (fraud) merekodkan sebanyak 2,540 kes dari Januari hingga April tahun ini.

Jumlah itu menjadikan penipuan siber menyumbangkan hampir kepada 70% insiden keselamatan siber sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Ia diikuti oleh pencerobohan, kod jahat dan gangguan siber.

Jumlah insiden keselamatan siber bagi tempoh 4 bulan pertama tahun ini berjumlah 3,647. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mengambil berat tentang isu keselamatan siber serta tidak mudah terpedaya dengan helah penjenayah siber yang cuba memperdaya anda.

Sumber: CSM