Ketika mana jenama telefon pintar sudah mula membuang bicu audio, ramai orang yang berasa marah dan tidak mahu menerimanya. Manakan tidak, pada waktu itu, fon telinga wayarles masih belum menjadi satu kebiasaan.

Namun, pada hari ini kita sudah dapat lihat banyak fon telinga wayarles yang dijual di pasaran. Pengguna pun dapat menerima dengan hati terbuka penggunaan fon telinga wayarles atau nama lainnya TWS.

Jika diikutkan, masih ramai individu yang belum memiliki TWS. Terdapat beberapa faktor dan persoalan yang bermain di fikiran mereka. OIeh itu, ini adalah perkara yang anda patut tahu sebelum membeli TWS.

Harga

Seperti biasa, tidak kira anda membeli apa sekali pun, harga memainkan peranan yang amat penting. Jika anda seorang individu yang sentiasa mempunyai bajet besar, perkara ini tidak menjadi satu masalah.

Akan tetapi sekiranya bajet anda biasa-biasa sahaja, ini memberi sedikit kesukaran. Memang benar terdapat banyak TWS yang ditawarkan serendah RM100. Namun, tidak boleh menaruh harapan yang tinggi terhadapnya.

Seeloknya, anda perlu meletakkan bajet berada di tengah-tengah. Bermakna, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.

Rekaan

Rupa paras adalah sangat subjektif bagi setiap individu. Hal ini kerana tidak semua mempunyai cita rasa yang sama. Setakat ini, pasti anda sudah mengenali terdapat dua jenis TWS atau earbuds yang popular.

Jenis yang pertama adalah close-fit atau bahasa mudah, ia hadir dengan tip silikon. Jenis yang kedua adalah open-fit, seperti mana anda lihat pada Apple AirPods.

Jadi di sini, perkara yang perlu dipertimbangkan adalah mencari tip fon telinga yang selesa di pakai agar ia tidak mudah tercabut ketika menggunakannya di samping memberikan audio yang sedap.

Bateri

Selain keresahan tentang latensi, ketahanan bateri juga sering diperbualkan terutama bagi peranti tanpa wayar. Siapa sahaja yang sanggup untuk mengecas banyak peranti dalam masa yang sama.

Tidak cukup dengan telefon pintar, jam pintar, fon telinga juga mahu dicas. Peranti yang mampu bertahan lama pasti jadi pilihan. Lagi-lagi bekas simpanannya (case) yang ‘menyimpan’ tenaga mencukupi untuk fon telinga.

Oleh itu, anda perlu tahu berapa lama fon telinga atau earbuds itu bertahan sebelum anda mengecasnya semula ke dalam bekas simpanan.

Kawalan

Dalam fon telinga tanpa wayar, kawalan padanya amat penting. Sebagai contoh, tekan satu kali untuk melangkau lagu, tekan lama untuk aktifkan pembatalan hingar dan sebagainya.

Jadi, pastikan anda memilih earbuds yang menawarkan kawalan yang banyak. Jauh lebih baik jika ia boleh diubah tetapannya.

ANC

Akhir sekali, pembatalan hingar aktif atau active noise cancellation (ANC). Ada TWS yang mendakwa ia mampu ‘membuang’ bunyi yang sangat bising di persekitaran.

Sekiranya anda tidak tahu atau pernah merasai ANC, bahasa yang mudah adalah telinga anda berasa kedap, tiada gangguan bunyi luar seperti orang ketawa dan sebagainya ketika memakai earbuds. Dalam erti kata lain, anda berada dalam dunia tersendiri sehinggakan kawan menjerit di sebelah pun tidak dapat didengari.

Ada Ke TWS Yang Seimbang Dari Harga Dan Fungsi?

Jikalau anda terlupa, Huawei telah melancarkan sebuah TWS atau fon telinga tanpa wayar baharu yang digelar FreeBuds 4. Jangan keliru dengan FreeBuds 4i kerana kali ini ia jauh lebih baik.

Nikmati Audio Yang Berkualiti Tinggi

Apa yang paling baharu dalam FreeBuds 4, ia tampil dengan rekaan open-fit serta dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) 2.0 dan earbuds pertama hadir sebegitu. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi Adaptive Ear Matching dimana dapat mengenal pasti cara anda memakainya dan akan memilihkan mod ANC yang sesuai.

Selain itu, rekaan earbuds yang selesa dipakai di samping bekas simpanan yang kompak dan mudah untuk dibawa. Malah, berat 4.1g juga tidak terasa penat apabila memakai dalam tempoh yang lama.

Tambahan lagi, FreeBuds 4 turut menawarkan panggilan suara berkualiti tinggi 32kHz dan rakaman berkualiti tinggi tanpa wayar. Seperti yang dinyatakan, ia adalah fon telinga terbuka pertama industri dengan ANC bersama dua mikrofon untuk menghasilkan gelombang anti-bunyi dengan tepat bagi prestasi pembatalan hingar yang lebih baik.

FreeBuds 4 juga mempunyai struktur bunyi anti-gelombang bagi menghalang angin kuat. Walaupun tanpa wayar, latensi padanya sangat rendah, iaitu serendah 90ms.

Bunyi Lagu Yang Mengasyikkan

Dari segi audio, di dalamnya terbina pemandu LCP dinamik sebesar 14.3mm yang boleh memberikan kepuasan ketika mendengar muzik. Hal ini kerana, fon telinga ini mampu mengeluarkan frekuensi sehingga 40kHz.

Minat dengan bass? FreeBuds 4 ditingkatkan kualiti bass dan kedengaran lebih dalam dan membuatkan anda lebih syok ketika menikmati muzik atau pun filem.

Mudah Disambung Pada Mana-Mana Peranti

Tiada peranti Huawei? Tidak mengapa kerana Huawei FreeBuds 4 boleh disambungkan dengan mudah pada mana-mana telefon pintar Android atau iPhone.

Tambahan lagi, ia juga boleh disambungkan dengan dua peranti serentak kerana adanya dual-device connection. Ini bermakna, anda boleh menyambungkannya pada telefon pintar serta komputer serentak dan boleh beralih dengan mudah sekali.

 

Bercakap tentang earbuds, anda turut boleh mengawal kawalan gesturnya seperti tekan dua kali pada earbuds untuk menjawab panggilan atau memainkan muzik, tekan lama-lama untuk aktifkan ANC serta seret (swipe) ke atas atau ke bawah untuk melaras bunyi audio.

Bateri Tahan Lama, Cas Laju

Huawei FreeBuds 4 dimuatkan bateri yang mampu bertahan sehingga 22 jam dengan mod ANC ditutup. Sekiranya ANC dibuka, anda boleh menikmati 4 jam main balik muzik daripada cas yang penuh.

Dari segi pengecasan pula, anda dapat 2.5 jam main balik muzik dengan hanya mengecasnya selama 15 minit.

 Berapa ‘Hantarannya’?

Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih anda, iaitu Silver Frost dan Ceramic White. Harga yang diletakkan pada Huawei FreeBuds 4 ini adalah RM599.

Pra-tempahan sudah boleh dibuat bermula hari ini sehingga 21 Julai. Menarik lagi, bagi setiap pembeli yang membuat pra-tempah, anda layak menerima hadiah percuma yang bukan biasa-biasa, iaitu Huawei Band 4 yang bernilai RM139 (sementara stok masih ada).

Oleh itu, jangan membuang masa dan tempah FreeBuds 4 ini melalui Huawei Store Online, Shopee dan Lazada.

*Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia