Qualcomm telah mengumumkan cip pemproses baharu, iaitu Snapdragon 888+ pada bulan lalu yang mana ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sekitar 5.2% berbanding Snapdragon 888.

Kini, telefon pertama yang bakal dikuasakan cip tersebut adalah iQOO 8, sebuah telefon berkelas andalan daripada sub-jenama vivo. Malah, ia juga diacah mungkin dilancarkan pada 4 Ogos 2021.

Antara spesifikasi utama yang didedahkan DigitalChatStation, iQOO 8 akan tampil dengan memori 12GB+4GB RAM maya bersama-sama storan 256GB.

Selain itu, peranti yang menjalankan OriginOS 1.0 berasaskan Android 11 ini juga dilengkapi paparan 6.62 inci FHD+ dengan kadar segar semula yang tinggi, mungkin 120Hz.

Dalam pada itu, telefon-telefon iQOO masih belum tiba secara rasmi di Malaysia. Namun, memandangkan mereka sudah ada akaun Facebook yang rasmi, mungkin peminat tempatan bakal menikmati telefon andalan sebegitu pada masa akan datang.

Sumber: playfuldroid, mydrivers

Baca juga artikel berkaitan: