Kedai elektronik berjenama PRISM+ kini bakal membuka cawangannya yang kelima pada 18 November 2023 ini di Setia City Mall dengan kod kedai L1-137.
Sempena pelancaran itu, PRISM+ bakal menawarkan pelbagai harga eksklusif untuk beberapa produk yang terpilih dengan diskaun dan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM1,719.
Promosi PRISM+ Grand Launch: Outlet Setia City Mall
- Q55-QE 4K Android TV = RM1,499 + Percuma papan kekunci wayarles Logitech K400
- Q75 Ultra 4K QLED Google TV = RM4,299 + Percuma Symphony Soundbar
- X340 PRO 165Hz 34” Ultrawide Gaming Monitor = RM1,599 + Percuma tetikus Logitech G304 dan kaki monitor Elevate X1
- F240N 165Hz 24” Flat Gaming Monitor = RM599
Selain itu, para pelanggan juga akan mendapat potongan harga sebanyak 15% untuk produk Logitech G dan terhad untuk satu pelanggan membeli hanya satu papan kekunci, satu tetikus dan satu set kepala. Bergantung kepada stok yang tersedia.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PRISM+