Seperti yang telah dijadualkan, Samsung sebentar tadi telah mengadakan acara Galaxy Unpacked 2021.  Tumpuan utama pastinya pada pengenalan siri Galaxy S21 yang tampil dengan tiga model berbeza iaitu S21, S21+ dan S21 Ultra. Bagi model dengan spesifikasi tertinggi anda boleh lihat disini – Samsung Galaxy S21 Ultra Kini Rasmi – Skrin QHD 6.8″, Kamera 108MP, 16GB RAM, Dan Dilengkapi S-Pen.

Antara yang menarik perhatian pada siri kali ini adalah rekaan modul yang menempatkan kamera belakang dipanggil sebagai Contour Cut Camera. Selain daripada ciri estetik tersebut, ia turut hadir dengan pilihan warna menarik dan elegan seperti warna Phantom Violet.

Dari segi paparan, ia dilengkapi dengan skrin Dynamic AMOLED 2X Infinity-O bersama sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz. Selain dijanjikan dengan kelancaran untuk tontonan dan tatalan, ia juga mempunyai keupayaan melaras kadar bingkai secara automatik berdasarkan kandungan yang sedang dipaparkan.

Bahagian kamera pula diberikan peningkatan kepada rakaman video 8K. Ia ditambah pula dengan ciri Super Steady yang mana pengguna mampu merekod video tanpa gegaran pada kadar 60fps yang dipertingkatkan.

Terdapat juga ciri baharu dikenali sebagai Director’s View yang membolehkan pengguna untuk melihat, menukar, atau memilih rakaman terbaik pada video. Pada Vlogger View pula, ia menawarkan pengguna dengan rakaman video melalui kamera hadapan dan belakang pada masa yang sama.

Selain itu, kedua-dua model ini turut mempunyai ciri 30X Space Zoom. Ia merupakan 3x Hybrid Optic Zoom sehingga 30x Super Resolution Zoom (digital). Samsung menyatakan, buat pertama kali pada telefon pintar Galaxy, pengguna boleh merakam pada resolusi 4K dengan kadar 60fps untuk kesemua lensa hadapan dan belakang.

Menerusi barisan siri Galaxy S21 yang terbaru ini juga, Samsung turut memperkenalkan ciri perlindungan dan pemantauan privasi yang terbaru. Melalui, pengguna boleh memadam lokasi metadata daripada gambar sebelum berkongsi pada individu yang lain.

Fungsi Private Share pula menawarkan kawalan akses kepada kandungan yang pengguna kongsikan, dan berapa lama ia boleh diakses. Perbezaan antara Galaxy S21 dan Galaxy S21+ adalah dari segi saiz paparan, dimensi, berat, dan kapasiti bateri. Lain-lain spesifikasi adalah sama dan boleh dilihat dibawah.

Baca juga – Samsung Exynos 2100 Untuk Cip Galaxy S21 Diumumkan – 8 Teras Sehingga 2.9GHz Dari Binaan 5nm EUV

Samsung Galaxy S21

  • Paparan
    • 6.2 Inci Dynamic AMOLED 2X (2400×1080)
    • Kadar segar semula adaptif (48Hz ~ 120Hz) dan pengesahan HDR10+
  • Dimensi dan Berat
    • 71.2×151.7×7.9mm
    • 169g
  • Kamera hadapan
    • 10MP Dual Pixel AF, FOV 80°,  F2.2, 1.22µm
  • Kamera belakang
    • Ultra lebar: 12MP FF, FOV 120°F2.2, 1.4µm
    • Sudut lebar: 12MP Dual Pixel AF, FOV 79°, OIS,F1.8, 1.8µm
    • Telefoto: 64MP Phase Detection AF,Hybrid Optic 3X, FOV 76°, OISF2.0, 0.8µm
  • Cip pemprosesan
    • Exynos 2100
    • 5nm 64 bit 8 teras
  • Memori
    • RAM: 8GB (LPDDR5)
    • Storan: 256GB
  • Bateri
    • 4000mAh
    • Pengecasan USB PD 3.0 dan Fast Wireless Charging 2.0
  • Pengiktirafan IP68
  • Warna
    • Phantom Violet
    • Phantom Silver
    • Phantom Black

Baca Juga – Ini Senarai Harga Rasmi Siri Samsung Galaxy S21 Untuk Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM3,699

Samsung Galaxy S21+

  • Paparan
    • 6.7 Inci Dynamic AMOLED 2X (2400×1080)
    • Kadar segar semula adaptif (48Hz ~ 120Hz) dan pengesahan HDR10+
  • Dimensi dan Berat
    • 75.6×161.5×7.8mm
    • 200g
  • Kamera hadapan
    • 10MP Dual Pixel AF, FOV 80°,  F2.2, 1.22µm
  • Kamera belakang
    • Ultra lebar: 12MP FF, FOV 120°F2.2, 1.4µm
    • Sudut lebar: 12MP Dual Pixel AF, FOV 79°, OIS,F1.8, 1.8µm
    • Telefoto: 64MP Phase Detection AF,Hybrid Optic 3X, FOV 76°, OISF2.0, 0.8µm
  • Cip pemprosesan
    • Exynos 2100
    • 5nm 64 bit 8 teras
  • Memori
    • RAM: 8GB (LPDDR5)
    • Storan: 256GB
  • Bateri
    • 4800mAh
    • Pengecasan USB PD 3.0 dan Fast Wireless Charging 2.0
  • Pengiktirafan IP68
  • Warna
    • Phantom White
    • Phantom Grey
    • Phantom Pink
    • Phantom Violet