Xiaomi baru sahaja mengumumkan versi terbaharu MIUI iaitu MIUI 12.5. Buat masa ini ia hanya disertakan pada Xiaomi Mi 11 selaku telefon terkini mereka.

Namun, pengguna Xiaomi lain jangan risau kerana banyak juga telefon Xiaomi yang akan menyokong kemaskini terbaharu ini.

Sehubungan dengan itu, ini adalah senarai telefon Xiaomi yang menyokong MIUI 12.5:

    • Xiaomi Mi 10
    • Xiaomi Mi 10 Pro
    • Xiaomi Mi 9
    • Xiaomi Mi 9 SE
    • Xiaomi Redmi K20 / Mi 9T
    • Xiaomi Redmi K20 Pro / Mi 9T Pro
    • Xiaomi Mi CC9e
    • Xiaomi Redmi Note 7 / Redmi Note 7S
    • Xiaomi Redmi Note 7 Pro
    • Xiaomi Redmi K30 Pro / POCO F2 Pro
    • Xiaomi Redmi K30 5G
    • Xiaomi Mi 10 Youth Edition / Mi 10 Lite Zoom
    • Xiaomi Redmi K30 4G / POCO X2
    • Xiaomi Mi CC9 Pro / Xiaomi Mi Note 10
    • Xiaomi Redmi K30S / Xiaomi Mi 10T
    • Xiaomi Mi 10 Ultra
    • Xiaomi Redmi K30 Ultra
    • Xiaomi Redmi 10X
    • Xiaomi Redmi 10X Pro
    • Xiaomi Redmi Note 9 5G
    • Xiaomi Redmi K30i 5G
    • Xiaomi Mi 9 Pro 5G
    • Xiaomi Mi CC9 / Mi 9 Lite
    • Xiaomi Mi CC9 Meitu Edition
    • Xiaomi Redmi Note 9 Pro 5G / Xiaomi Mi 10T Lite
    • Xiaomi Redmi Note 8 Pro
    • Xiaomi Redmi Note 8
    • Xiaomi Redmi Note 9 4G / Redmi 9T / Redmi 9 Power

Melalui kemaskini MIUI 12.5, ia menyertakan sejumlah fungsi dan ciri baharu. Antaranya ialah animasi baharu, tambahan Super Wallpaper, aplikasi Notes, MIUI+, fokus pada privasi dan banyak lagi.

Di China, kemaskini stabil MIUI 12.5 akan mula diterima bermula April 2021 manakala versi Beta umum pula pertengahan Januari 2021.

Buat pengguna Malaysia, anda mungkin perlu menunggu sedikit lebih lama untuk menggunakan MIUI 12.5 ini.

Sumber: Mi Community