Terdahulu, Kacper Skrzypek mendedahkan bahawa Xiaomi bakal menawarkan fungsi ‘menambah’ RAM pada barisan telefonnya. Kemudian, peranti Redmi Note 10 Pro 5G telah pun menerima sokongan itu.

Selepas itu, Digital Chat Station pula muncul memberitahu bahawa MIUI 13 akan memberikan fungsi RAM maya (virtual RAM) atau ‘memory expansion’.

Kini, menurut Kacper Skrzypek, beliau menyenaraikan barisan telefon Xiaomi yang menerima fungsi tersebut sama ada dalam bentuk beta atau versi stabil. Setakat ini, Redmi Note 8 juga telah ada fungsi baharu itu. Jadi ini adalah senarai telefon yang menyokong ‘memory expansion’:

  • Semua telefon Snapdragon 888, 870 dan 865, kecuali Mi Mix Fold kerana masih belum menerima kemas kini MIUI 12.5
  • POCO X3 GT
  • Redmi Note 10 Pro 5G
  • Redmi Note 9 5G
  • Redmi Note 9T 5G
  • Redmi 9T
  • Redmi Note 8

Selain itu, beliau turut menyenaraikan peranti yang mungkin akan terima juga sokongan RAM maya:

  • Mi Mix 4
  • Mi 11 Lite NE
  • Redmi Note 10
  • Redmi Note 10S
  • Redmi Note 10 5G
  • Redmi Note 10 JE
  • Redmi 10
  • Redmi 9i
  • Redmi 9C
  • Redmi 9A
  • Redmi Note 8T
  • Redmi Note 8 2021
  • Telefon Xiaomi baharu akan datang

Bagaimanapun, senarai ini mungkin akan mempunyai sedikit perubahan nanti. Tambahnya, peranti yang dilengkapi storan lebih daripada 128GB boleh tambah RAM sehingga 3GB.

Manakala peranti dengan storan 128GB adalah 2GB RAM dan 64GB pula 1GB RAM sahaja.

Jika melihat ZTE Axon 30, ia memberi pilihan memori dari 1GB hingga 8GB dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 20GB RAM.

Sumber: @kacskrz

Baca juga: