Versi sistem operasi telefon pintar Android terbaru iaitu Android 12 masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.

Tetapi memandangkan terdapat ura-ura menyatakan bahawa Pixel 6 akan dilancarkan Google sebelum Apple melancarkan iPhone 13 pada September ini, maka dijangkakan Android 12 juga akan turut dilepaskan kepada peranti Android pada masa yang sama.

Jadi pengguna peranti Android yang lain seperti pengguna telefon pintar Xiaomi pastinya tidak sabar menunggu untuk menaik taraf kepada versi Android 12 terbaru ini.

Berdasarkan kepada sumber tidak rasmi dari laman Xiaomiui, antara model telefon pintar yang akan terima kemas kini Android 12 adalah termasuk peranti di bawah jenama Redmi, POCO, dan Black Shark.

Berikut adalah senarai tidak rasmi peranti Xiaomi, Redmi, POCO, dan Black Shark yang dijangka akan terima kemas kini Android 12:-

  • MIX 4
  • Xiaomi Mi 11X / POCO F3 / Redmi K40
  • Mi 11 Lite 5G
  • Xiaomi Mi 10S
  • Mi 10 / Mi 10 Pro / Mi 10 Ultra
  • Xiaomi Mi 10T / Mi 10T Pro / Redmi K30S Ultra
  • Mi Pad 5 / Mi Pad 5 Pro / Mi Pad 5 Pro 5G
  • Redmi K30 Pro / Redmi K30 Zoom / POCO F2 Pro
  • Redmi Note 8 2021
  • POCO X3 Pro
  • Mi 11i / Mi 11X Pro / Redmi K40 Pro / Redmi K40 Pro+
  • Mi 11 / Mi 11 Pro / Mi 11 Ultra
  • Mi MIX Fold
  • Xiaomi Mi 11 Lite 4G
  • Mi 10 Lite 5G / Mi 10 Lite Zoom / Mi 10 Youth 5G
  • Xiaomi Mi 10i / Mi 10T Lite
  • Mi Note 10 / Mi Note 10 Pro / Mi CC9 Pro
  • Xiaomi Mi Note 10 Lite
  • Redmi 10
  • Black Shark 3 series
  • Redmi 10X 5G / Redmi 10X Pro
  • Redmi Note 9S / Redmi Note 9 Pro / Redmi Note 9 Pro Max / Redmi Note 9 5G / Redmi Note 9T / Redmi Note 9 Pro 5G
  • POCO¬†X2 / POCO X3 / POCO X3 NFC
  • Redmi K30 Ultra
  • Redmi K40 Gaming
  • POCO F3 GT
  • Redmi K30 / Redmi K30 5G / Redmi K30 5G Racing / Redmi K30i 5G
  • POCO M3 Pro 5G
  • POCO M3
  • Black Shark 4 series
  • Redmi Note 10 / Redmi Note 10S / Redmi Note 10T / Redmi Note 10 5G / Redmi Note 10 Pro / Redmi Note 10 Pro Max /Redmi Note 10 Pro 5G (China)
  • POCO M2 Pro
  • Redmi 9T / Redmi 9 Power / Redmi Note 9 4G (China)

Jika model telefon pintar Xiaomi anda adalah model terbaru dari keluaran 2020 atau 2021 tetapi tidak tersenarai di atas, anda tidak perlu bimbang kerana kebiasannya model-model terbaru telefon pintar akan menyokong versi Android terbaharu.

Tetapi jika peranti Xiaomi anda adalah dari keluaran 2019 atau terdahulu, berkemungkinan peranti anda itu tidak akan terima kemas kini Android 12 nanti.

Berikut adalah antara model peranti Xiaomi, Redmi dan POCO yang dijangka tidak akan terima kemas kini Android 12:-

  • Mi 9 series
  • Mi 9T series
  • Redmi K20 series
  • Mi CC9 series
  • Redmi Note 8 series / Redmi Note 9 / Redmi 10X 4G
  • Redmi 9 series / Redmi 9 Prime
  • POCO C3
  • POCO M2/ POCO M2 Reloaded

Senarai terbaru akan dikemas kini sekali lagi selepas Xiaomi mengesahkan secara rasmi model peranti mereka yang akan menyokong Android 12 dan MIUI 13.

Sumber: GizChina