Pada zaman moden ini, banyak peranti elektronik mengandungi magnet atau komponen dan radio yang memancarkan medan elektromagnetik. Sebenarnya, magnet dan medan elektromagnetik itu mungkin mampu mengganggu peralatan perubatan.

Dalam laman Apple, mereka ada menyatakan sebahagian peranti mereka boleh memberi gangguan terhadap alat perubatan seperti alat pacu jantung (pacemaker) dan defribilator.

Oleh itu, mereka menasihatkan agar memastikan peranti Apple ini berada dalam kedudukan sekurang-kurangnya lebih 6 inci atau 15 cm daripada peralatan perubatan tersebut.

Selain daripada itu, sekiranya peranti Apple yang dicas secara tanpa wayar, jaraknya perlu berada sekitar 12 inci atau 30 cm.

Tambahan lagi, Apple turut mengemaskini senarai produk mereka yang dikatakan boleh menjejaskan peralatan perubatan tersebut. Jadi, ini adalah senarai peranti Apple itu.

iPhone

  • Siri iPhone 12
  • Aksesori MagSafe

iPad

  • iPad
  • iPad mini
  • iPad Air
  • iPad Pro
  • iPad Smart Covers dan Smart Folios
  • iPad Smart Keyboard dan Smart Keyboard Folio
  • Magic Keyboard untuk iPad

Mac

  • Mac mini
  • Mac Pro
  • MacBook Air
  • MacBook Pro
  • iMac
  • Apple Pro Display XDR

HomePod

  • HomePod
  • HomePod mini

Fon Telinga Tanpa Wayar

  • Beats Flex
  • Beats X
  • PowerBeats Pro
  • UrBeats3
  • AirPods dan bekas simpanan (charging case)
  • AirPods dan Wireless Charging Case
  • AirPods Pro dan Wireless Charging Case
  • AirPods Max dan Smart Case

Apple Watch

  • Apple Watch
  • Apple Watch bands dengan magnet
  • Pengecas Apple Watch

Walaupun produk-produk ini tidak mendatangkan risiko yang terlalu besar tetapi anda dinasihatkan untuk berjaga-jaga. Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut, klik pautan ini.

Sumber: Apple

Baca juga – Blogger Didenda Lebih ~RM600 Ribu Kerana Dedah Maklumat Telefon Xiaomi

Baca juga – Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Baca juga – Perbandingan Harga Storan Awan – Apple, Google, Microsoft, Mana Paling Berbaloi