Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Sejumlah Naik Taraf Kamera Yang Dijangka Hadir Untuk Google Pixel 8

Posted on Jun 12, 2023Jun 12, 2023

Dalam setiap pelancaran peranti Pixel, spesifikasi yang tersedia di bahagian kamera akan menjadi tumpuan utama pengguna. Terbaharu, maklumat tertiris telah memperlihat Pixel 8 dan Pixel 8 Pro dijangka akan menerima sejumlah naik taraf kamera, termasuk sensor baharu.

{suggest}

Kedua-dua model dalam siri Pixel 8 akan dilengkapi sensor Samsung ISOCELL GN2. Ia akan membawa kepada beberapa penambahbaikan, termasuk sensor lebih besar, tangkapan cahaya 35% lebih banyak serta kelajuan shutter lebih pantas.

Seperti cip pemproses Tensor G3, sensor ini juga menyokong rakaman video 8K. Namun, ia mungkin tidak akan dimuatkan pada siri Pixel 8.

Kedua-duanya juga dijangka hadir dengan sokongan Staggered HDR, yang boleh mengurangkan kelewatan antara bingkai yang ditangkap dan mempercepat proses tangkapan.

Pixel 8 akan menerima naik taraf dengan zum 0.55x untuk kamera ultralebar, berbanding 0.67x pada Pixel 7.

Kamera Pixel 8 Pro

Pixel 8 Pro akan dimuatkan dengan sensor Sony IMX787 64MP untuk kamera ultralebar. Ia merupakan sensor yang sama digunakan dalam kamera utama Pixel 7a.

Selain itu, Pixel 8 Pro dijangka menggunakan sensor 8×8 ToF VL53L8 dengan naik taraf ketara pada bahagian autofokus.

Sementara itu, tiada perubahan pada kamera telefoto dan swafoto Pixel 8 Pro, yang mana ia akan kekal sama seperti Pixel 7 Pro.

Sebagai tambahan, terdapat kemungkinan mod makro yang diperkenal pada Pixel 7 Pro tidak lagi akan tersedia pada Pixel 8 Pro.

Perisian Kamera

Untuk perisian kamera, aplikasi Google Camera akan menerima tiga naik taraf, termasuk Adaptive Torch, Segmentation AWB dan tetapan tahap bokeh dalam rakaman video melalui mod Cinematic.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress