Pada minggu yang lalu, OnePlus telah memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka, iaitu OnePlus Watch.

Selain spesifikasi, fungsi dan penampilan yang menarik, satu persoalan yang tidak dijelaskan mereka adalah mengapa OnePlus tidak menggunakan Wear OS.

Menurut OnePlus, faktor utama pemilihan RTOS berbanding Wear OS daripada Google adalah jangka hayat bateri.

Walaupun penjelasan daripada mereka tidak terperinci, akan tetapi mereka menyatakan jangka hayat bateri satu hari seperti jenama lain membuatkan ramai yang tidak mahu memiliki jam tangan pintar.

Perkara ini jelas sekali dapat dilihat kerana OnePlus mendakwa bateri jam tangan pintarnya mampu bertahan sehingga 14 hari dengan hanya sekali cas.

Tambahan lagi, walaupun OnePlus kehilangan beberapa fungsi dan aplikasi daripada Google, tetapi mereka dapat meningkatkan prestasi jam tangan pintar mereka dengan lebih baik.

Selain itu, OnePlus turut merancang untuk menawarkan fungsi Always on Display (AOD) menerusi kemas kini tidak lama lagi.

Sebagai pengguna, adakah anda berminat untuk memakai OnePlus Watch? Ketiadaan Wear OS boleh dikatakan satu kehilangan yang agak besar, lebih-lebih lagi pengguna Android.

Sumber: OnePlus via Android Authority

Beli produk OnePlus melalui:
Lazada (https://invol.co/cl301m6)
Shopee (https://invol.co/cl301lz)