realme nampaknya telah banyak memperlihatkan peranti baharu mereka, iaitu realme GT Neo.
Jika rekaannya sudah didedahkan berserta tiga kamera dimana kamera utama 64MP, terbaru, realme mengesahkan ia dimuatkan sensor Sony IMX682.
Melalui ini juga, realme mendakwa akan hadirnya teknologi baru untuk mempertingkatkan kualiti gambar dan membenarkan pengguna untuk zum serta crop tanpa menjejaskan kualitinya.
Bersama-samanya, realme turut menunjukkan beberapa sampel gambar yang diambil daripada kamera utama peranti tersebut.
Tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi, mungkin realme akan mempamerkan ciri lain sebelum pelancarannya pada 31 Mac 2021.
Sumber: gsmarena