Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Reaksi TM Terhadap Bajet 2022

Posted on November 1, 2021

Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah membentangkan bajet 2022 dalam sidang parlimen.

Melaluinya, Telekom Malaysia Berhad (TM) tampil memberikan kenyataan reaksi terhadap pembentangan tersebut.

Dalam kenyataan itu, CEO TM Imri Mokhtar menyambut baik serta memuji pihak kerajaan yang mana ia memfokus kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia, daya tahan perniagaan dan ekonomi yang mampan.

Tambahnya, sebagai pemacu Digital Malaysia, mereka komited terhadap inisiatif-inisiatif digital kerajaan yang merangkumi JENDELA dan MyDIGITAL.

Selain itu, TM yang juga satu-satunya Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) milikan tempatan turut komited dan memainkan peranannya dalam memacu transformasi digital kerajaan di bawah agenda MyDigital dengan 8 pusat data TM.

Bukan itu sahaja, TM akan terus memperkasa dengan membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di samping meyokong penuh kepada inisiatif-inisiatif Jalinan GLC bagi mempercepat pemulihan ekonomi negara.

Sumber: Siaran Akhbar TM

Baca juga:

  • Bajet 2022: Setiap Pelajar IPT B40 Bakal Dapat Tablet

  • Bajet 2022: Dua Juta Belia Bakal Dapat RM150 Melalui e-Dompet

  • Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress