Sementara menunggu pelancaran versi terbaru sistem operasi Windows yang akan dilancarkan pada 24 Jun nanti, Microsoft memberikan beberapa bayangan kepada para penggunanya tentang sistem operasi tersebut.

Antara yang dikongsikan secara tidak sengaja oleh Microsoft adalah nama sistem operasi  Windows 11.

Baca juga: Ini Mungkin Nama Baru Sistem Operasi Windows 11

Tetapi untuk kali ini pula, Microsoft telah berkongsikan bayangan bunyi mula yang akan digunakan pada Windows 11 apabila pengguna menghidupkan komputer mereka.

Having trouble relaxing because you’re too excited for the June 24th Microsoft Event? Take a slow trip down memory lane with the Windows 95, XP, and 7 startup sounds slowed down to a meditative 4,000% reduced speed.” Windows

Acara pelancaran Windows 11 akan diadakan secara rasmi pada 24 Jun 2021 yang akan bermula tepat pada jam 11.00p.m dan dijangka selesai pada 25 jun 2021 jam 12.00a.m.