Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengeluaran khas KWSP boleh mula dimohon bermula 1 April. Bagaimanapun, anda perlu memanfaatkan pengeluaran tersebut kepada perkara berfaedah.
Namun, bagi anda yang mempunyai lebihan wang dan ingin memenuhi ‘KPI’ shopping setiap bulan, MSI sudah mulakan promosi dan akan berakhir pada 27 Mac ini.
Bermula dengan perkakasan komputer, MSI menawarkan ‘combo’ CPU Ryzen 5000+papan induk siri X570. Anda boleh menerima rebat sebanyak RM200. Malah, terdapat juga ‘combo’ bersama kad grafik siri RX 6000 (kecuali RX6500XT, 6600, 6600XT) di mana rebat diberikan sebanyak RM300.
Tawaran seterusnya, pembeli boleh menerima permainan video Assassin’s Creed Valhalla+Dawn of Ragnarok secara percuma bagi pembelian produk MSI terpilih.
Akhir sekali, anda turut boleh menerima hadiah percuma sehingga RM1499 bagi setiap pembelian produk seperti desktop, monitor dan all-in-one PC.
Sumber: Siaran Akhbar MSI
Baca juga: