Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Wujudkan Permainan Mini Khas Sempena Piala Dunia 2022

Posted on November 23, 2022November 23, 2022

FIFA World Cup telah pun bermula di Qatar dengan mengumpulkan berjuta peminat bola sepak dari seluruh dunia untuk menontonnya secara langsung.

Malah, Google juga tidak mahu terlepas peluang untuk mengeluarkan permainan mini mereka seperti biasa.

Seperti biasa, Google akan mengeluarkan animasi khas untuk peristiwa khas seperti ini di laman utama mereka. Namun, pada kali ini pula mereka memilih untuk mengeluarkan ciri tersebut dalam bentuk yang boleh diinteraksi bersama pemain yang lain di dalam peranti mereka.

Starting today, you can Google [world cup] on your phone and tap the soccer ball to compete with fans in our first multiplayer game. See if you can help your team score the most goals! Saudi Arabia is in the lead right now, huge upset in the works?!? pic.twitter.com/ZIdyXXNmEX

— Rajan Patel (@rajanpatel) November 18, 2022

Pengguna boleh menaip ‘world cup‘ pada enjin carian Google Search dan menekan ikon di hujung sudut skrin. Ikon tersebut beserta dengan jadual 2022 FIFA World Cup seperti gambar di bawah:

Pengguna boleh menjaringkan gol sebanyak mana yang mereka mahukan bagi pihak pasukan yang mereka pilih. Bilangan jaringan gol bagi pasukan-pasukan berkenaan akan dipaparkan di hujung skrin permainan.

Ciri ini dilancarkan sejak Jumaat yang lepas dan sudah tersedia untuk semua pengguna di seluruh dunia.

Sumber: Twitter

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress