Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android 14

Ini Perkara Baru Dalam Android 14 Beta 3

Posted on Jun 12, 2023Jun 12, 2023

Para pengguna Pixel kini sudah menerima Android 14 Beta 3 pada peranti masing-masing jika mereka menyertai program tersebut.

Dari segi antara muka, memang ada perubahan kecil termasuklah dari segi kontras warna dalam mod cerah dan gelap.

Petunjuk ketika dicas

Apabila pengguna cas, akan ada animasi baharu yang pada ikon bateri di atas di mana ia seakan-akan “pop-out” dan tunjukkan peratus bateri.

https://sgp1.digitaloceanspaces.com/wiserspace/wp-content/uploads/2023/06/12094851/android-14-charging-notification-1.mp4

Lebih banyak ikon yang selaras dengan warna dan tema Material You

Previu tangkap layar yang lebih membulat

Sebelum
Selepas

Tutorial gesture

‘Touch Sounds’ jadi ‘Tap & Click Sounds’

Sebelum

 

Selepas

Warna toggle yang selaras dengan Material You

Sebelum

 

Selepas

Kita dapat lihat perubahan warna dan kontras yang semakin tinggi pada Beta terbaru ini. Ia nampak lebih ‘keras’ dan saya khuatir lebih menyakitkan mata kerana latarnya gelap.

Tiada apa yang berubah dari segi susunan.

Skrin kekunci yang boleh diubah

Ini mungkin antara ciri yang disalin daripada iOS 17 kerana ada pilihan ‘Lock Screen’ dan ‘Home Screen’.

Terdapat 9 jam untuk dipilih dengan font yang berbeza. Pengguna juga boleh pilih saiz, antara dinamik dan kecil. Bagi warna pula, pengguna diberi pilihan untuk pilih selain Dynamic Color dengan slider spektrum warna tersedia.

Di bawah pilihan imej untuk wallpaper, pengguna boleh pilih Shortcuts di kiri dan kanan seperti Mute, DND, Wallet, lampu suluh, Kamera dan lain-lain.

Bila akan tersedia untuk semua?

Android 14 versi stabil dijangka tiba pada bulan Ogos, kalau ia masih mengikut jadual versi-versi sebelum ini.

Selalunya, Beta hanya mempunyai 4 tahap dan sekarang ia sudah pun pada tahap 3, jadi kita boleh jangkakan peranti-peranti Pixel akan menerimanya pada Ogos atau September.

{suggest}

Sumber: 9to5Google

Gambar utama: Nextpit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress