Selepas berita X mengecaj pengguna di New Zealand dan Filipina sebanyak USD1 setahun, X kini memperkenalkan peringkat baharu iaitu Basic, Premium Dan Premium+ untuk langganan di media sosial mereka.
Premium dan Premium+
Dengan bayaran RM35 sebulan untuk peringkat Premium dan RM70 sebulan untuk peringkat Premium+, X menawarkan “rangsangan balasan terbesar” serta membuang iklan daripada suapan ‘For You‘ dan ‘Following‘. Peringkat ini juga hadir dengan perkongsian hasil dan akses kepada alatan pencipta lain.
Basic
Dengan harga langganan sebanyak RM13.13 sebulan, peringkat ini hadir dengan ciri asas iaitu menyunting siaran dan menyiarkan teks dan video yang lebih panjang serta “rangsangan balasan kecil’. Tambahan lagi, peringkat ini tidak dilengkapi dengan label ‘verified’.
Kehadiran langganan peringkat baharu ini adalah sebagai ganti kepada Twitter Blue yang dahulunya berharga RM35 sebulan untuk pengguna web dan RM50 sebulan untuk pengguna telefon pintar. Namun, tiga peringkat baharu ini hanya tersedia untuk pengguna web sahaja.
Pembaharuan ini dilakukan bertujuan untuk menangani kerugian dalam pengiklanan sejak Elon Musk ambil alih.
{suggest}
Sumber: Tech Crunch