Sebelum ini kami telah kongsikan yang Nokia ingin melancarkan telefon pintar tak perlu pakai kerangka. Terbaru, muncul rekaan render telefon pintar Nokia XR20 tersebut yang menampilkan rekaan tahan lasak dan kalis air IP68.

Berdasarkan imej render yang dipaparkan, telefon pintar ini memperagakan bahagian belakang berwarna biru gelap, modul kamera petak, dan logo Nokia.

Bahagian bawah pula dilengkapi port USB-C, bicu audio 3.5mm, serta lubang mikrofon dan pembesar suara. Manakala sisi kiri telefon ini menunjukkan satu butang kuasa yang mempunyai kemasan bertekstur.

Beralih ke spesifikasi, telefon pintar ini difahamkan akan tampil dengan paparan IPS LCD 6.67-inci beresolusi FHD+ dan bezel nipis.

Dalamannya pula dijana cip Snapdragon 480 SoC dan GPU Adreno 619 yang  digandingkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Ia juga dijangka hadir dengan bateri 4,630mAh dan sistem operasi Android 11.

Modul kamera petak dibahagian belakang pula mungkin dimuat kamera utama 46MP, lensa kedua 13MP, dan flash LED. Manakala kamera hadapan mendapat rakaman swafoto 8MP.

Namun, setakat ini ia hanyalah khabar angin sahaja. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dijangka berlangsung pada 27 Julai nanti.

Sumber: 91mobiles

Baca juga – Nokia Saman OPPO Berkaitan Isu Paten

Baca juga – Tak Banyak Telefon Dengan Snapdragon 780G Di Pasaran, Ini Sebabnya

Kedai rasmi Nokia;
Shopee:
https://invol.co/cl53on5
Lazada:
https://invol.co/cl53onq