Seperti kebiasaan OnePlus akan memperkenalkan model T untuk barisan telefon pintar yang baru dilancarkan setiap tahun.
Baru-baru ini, laporan oleh TechDroider menyatakan yang pengganti model OnePlus 8T iaitu OnePlus 9T akan hadir tidak lama lagi.
Baca juga – OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh
OnePlus likely to use Samsung's 120Hz LTPO E4 Flexible Screen in the OnePlus 9T. 1080P Resolution + Variable RR. There's no 9T Pro this year.
/Yisten (Weibo) pic.twitter.com/J49BMaNniQ
— TechDroider (@techdroider) May 29, 2021
Antara spesifikasi yang dikongsi setakat ini adalah model 9T berkemungkinan menggunakan paparan LTPO OLED oleh Samsung.
Selain itu, ia juga akan mempunyai skrin melengkung beresolusi 1080p FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.
Seperti model T sebelum ini, Oneplus 9T juga dijangka akan memfokuskan beberapa ciri utama disamping ciri yang tersedia pada OnePlus 9 Pro. Harganya juga lebih murah atau di pertengahan antara OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.
Baca juga – Siri OnePlus 9 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Agak Premium
Sumber: 91mobiles