Selepas pelbagai cakap-cakap mengenai rekaan, kamera, dan cip pemprosesnya  sejak berbulan lalu, muncul pula spesifikasi penuh siri Google Pixel 6.

Seperti biasa, semakin hampir tarikh pelancaran semakin banyak informasi mengenari peranti akan berlegar. Termasuklah Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

Jon Prosser x RendersByIan

Menurut Front Page Tech, Pixel 6 akan hadir dengan paparan AMOLED 6.4-inci, cip pemproses Google yang diganding RAM 8GB dan storan 128GB/256GB.

Selain itu, ia juga dimuat kamera utama 50MP, ultra-lebar 12MP, kamera hadapan 8MP, dan bateri berkapasiti 4614mAh.

Manakala Pixel 6 Pro pula menampilkan paparan Plastic OLED 6.71-inci, cip pemproses Google dengan gandingan RAM 12GB dan storan 128GB/256GB/512GB.

Bahagian belakang dilengkapi kamera utama 50MP, ultra-lebar 12MP, dan ditambah lensa telefoto 48MP. Sementara itu, kamera hadapan pula 12MP dan bateri lebih besar berkapasiti 5000mAh.

Antara lainnya, kedua-dua model ini menyokong sambungan 5G, WiFi 6E, diperakui AER, dan dijangka mendapat kemas kini perisian sehingga 5 tahun.

Walaupun begitu, ini hanyalah khabar angin semasa dan spesifikasi ini masih belum rasmi. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dijangka tiba sekitar Oktober nanti.

Sumber: frontpagetech

Foto utama: Jon Prosser x RendersByIan

Baca juga – Cara “Reset” Maklumat Iklan Yang Dikongsi Di Peranti Android

Baca juga – Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi realme GT Master Edition