Sebelum ini realme dilaporkan bakal mengeluarkan dua peranti baharu iaitu sebuah komputer riba dan tablet. Terkini, tersebar foto tidak rasmi sebuah yang didakwa sebagai realme Pad.

Berdasarkan foto-foto yang tersebar, peranti tersebut dilihat mempunyai satu lensa kamera yang menonjol dengan kemasan aluminium atau aloi logam.

Selain itu, rekaan sisinya serupa dengan yang diacah sebelum ini tetapi bezel di bahagian atas dan bawah tablet tersebut tampil agak besar. Setakat ini tiada kepastian adakah foto yang didakwa sebagai realme Pad ini adalah sahih.

Tetapi jika benar dan ia adalah rekaan akhir tablet pertama oleh realme ini, agak mengecewakan untuk bersaing dengan tablet lain. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kenyataan dan pelancaran rasmi oleh realme nanti.

Sumber: gsmarena

Baca juga – Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi realme GT Master Edition

Baca juga – Langgan Pelan Celcom Mega Lightning XL, Percuma realme 8 5G