Seperti diketahui, acara pelancaran global bagi siri Redmi Note 10 akan berlangsung pada 4 Mac ini. Terbaru, maklumat yang tertiris kini telah mendedahkan harga yang akan ditawarkan bagi model Redmi Note 10 Pro.
Menurut Abshishek Yadav di Twitter, Redmi Note 10 Pro dengan pilihan memori 6GB+64GB akan ditawarkan pada harga $279 (~RM1132) untuk pasaran global.
Redmi Note 10 Pro global variant price.
Redmi Note 10 Pro 6+64GB will be priced at $279 for global market.
Thanks @OracoyKarl
✌️✌️✌️ https://t.co/tRYVQQpIez pic.twitter.com/RSbes3hfyu— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) March 2, 2021
Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai harga yang akan ditawarkan bagi lain-lain pilihan memori. Peranti ini dijangka hadir dengan pilihan warna termasuk Bronze, Blue dan Grey.
Terdahulu, spekulasi mengatakan Redmi Note 10 bakal hadir dengan rekaan paparan berlubang yang menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz. Kotak bungkusan peranti ini turut mendedahkan peranti ini akan dimuatkan dengan panel AMOLED.
Sementara itu, Xiaomi juga telah mengesahkan siri Redmi Note 10 akan dimuatkan dengan sensor kamera 108MP.
Untuk lebih lanjut mengenainya, nantikan pelancaran yang akan berlangsung hanya beberapa hari lagi.
Sumber: GizmoChina