Umum mengetahui, OPPO Reno5 telah menerima pelbagai perakuan dari pelbagai negara. Peranti dengan nombor model CPH2159 juga didedahkan dalam pangkalan data Thailand.

Terbaru, rekaan yang didakwa siri OPPO Reno5 telah tertiris. Perkara ini didedahkan oleh Digital Chat Station melalui laman Weibo.

Menerusi gambar yang dimuatnaik, ia memperlihatkan rekaan siri Reno5 yang terdiri daripada tiga model. Kemungkinan tiga model dalam siri Reno5 ini adalah Reno5, Reno5 Pro dan Reno5 Pro+. Ketiga-tiga model dilengkapi paparan berlubang yang memuatkan kamera swafoto.

Selain rekaan, tiada perincian lanjut yang didedahkan. Dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan menjelang pelancaran nanti.

Sumber: Digital Chat Station

Beli OPPO Reno melalui:
Lazada (https://invol.co/cl1ydka)
Shopee (https://invol.co/cl1ydkg)