Samsung telah pun mengesahkan acara pelancaran siri Galaxy S21 akan diadakan pada Januari. Siri Galaxy S21 dijangka akan menampilkan tiga model yang terdiri daripada S21, S21+ dan S21 Ultra.

Terbaru, rekaan yang didakwa Galaxy S21 Ultra telah dikongsikan menerusi laman web WinFuture dan Evan Blass.

rekaan Samsung Galaxy S21 Ultra

Galaxy S21 Ultra dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci AMOLED dengan paparan berlubang Infinity-O yang menempatkan kamera swafoto. Peranti ini mempunyai dua pilihan warna iaitu Black dan Silver.

Berpanelkan kaca pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang, ia mempunyai bingkai dari jenis logam. Modul kamera dijangka akan dimuatkan dengan empat kamera terdiri daripada 108MP utama bersama sokongan OIS dan autofokus laser, 10MP telefoto dengan OIS dan 10x zum optikal, 10MP telefoto dengan 3x zum optikal dan 12MP sudut lebar. Bahagian hadapan pula bakal menempatkan kamera 40MP.

rekaan Samsung Galaxy S21 Ultra

Untuk pasaran A.S dan Korea Selatan, Samsung Galaxy S21 Ultra dijangka akan ditawarkan dengan janaan cip Snapdragon 888. Kemungkinan pasaran lain akan menerima versi janaan cip Exynos 2100.

Dalam pada itu, lebih banyak maklumat mengenai pelancaran peranti ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: WinFuture, Evan Blass via GizmoChina

Beli siri Samsung Galaxy S20 melalui:
Lazada (https://invol.co/cl24x9h)
Shopee (https://invol.co/cl24x9r)