Telefon dengan pengecasan wayarles tentunya sangat memudahkan terutamanya apabila tidak perlu lagi risau tentang kabel lebih-lebih lagi apabila port pengecasan semakin lusuh disebabkan selalu pasang dan cabut palam telefon.
Pengecasan wayarles biasanya tersedia pada telefon flagship dengan panel belakang kaca atau plastik. Telefon dengan ciri ini sama ada menyokong standard PMA atau yang lebih popular, standard Qi.
Kedua-dua PMA dan Qi adalah berdasarkan pengecasan induktif, yang beroperasi dalam jarak dekat, kurang daripada 1cm, dan biasanya menggunakan magnet untuk meletakkan telefon dengan betul.
Jadi, berikut disenaraikan antara lima telefon pintar terbaik yang didatangkan dengan kebolehan pengecasan wayarles.
.
1. HONOR Magic4 Pro (100W)
HONOR telah melancarkan telefon pintar siri Magic4 baru-baru ini, namun yang menjadi tarikan ialah model Pro-nya.
Magic4 Pro ini lah yang menerima sokongan pengecasan pantas sehingga 100W, kedua-duanya melalui USB-C dan tanpa wayar.
Ini menjadikannya pengecasan wayarles terpantas yang boleh anda dapati pada mana-mana telefon buat masa ini.
Walaupun prestasinya kurang cekap berbanding pengecasan berwayar, namun kelajuannya masih sangat mengagumkan.
Dengan pad pengecas yang serasi, HONOR berkata ia dapat memberikan bateri dari 0% hingga 50% dalam masa 15 minit sahaja.
.
2. OPPO Find X5 Pro (50W)
Dari segi pengecasan, pengecas SuperVOOC OPPO telah ditala sehingga 80W kali ini, membolehkan untuk mengecas daripada kosong ke 100% dalam sekitar 32 minit.
OPPO Find X5 Pro juga menyokong pengecasan wayarles 50W menggunakan dock AirVOOC yang serasi, yang didakwa OPPO boleh mengecas penuh dalam masa 47 minit.
Apabila menggunakan pengecas wayarles Qi yang lebih universal, telefon ini menerima kuasa sehingga 15W.
Find X5 Pro ini juga hadir dengan pengecasan berbalik (reverse charging) 10W, menggandakan kuasa 5W yang sering ditemui pada kebanyakan telefon, yang boleh digunakan untuk menghidupkan fon telinga wayarles dengan cepat.
.
3. vivo X80 Pro
Telefon flagship terbaharu vivo ini menawarkan pelbagai ciri yang menarik termasuk mempunyai bateri 4,700mAh dengan pengecasan wayarles 50W yang dikatakan boleh mengecas penuh dalam masa kurang daripada sejam.
vivo X80 Pro ini juga menyokong pengecasan berbalik dan berwayar 80W yang boleh mengecas penuh dalam masa lebih kurang 37 minit.
Banyak lagi ciri lain yang menarik pada X80 Pro di mana ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1 dan terutama sekali kolaborasinya dengan Zeiss.
.
4. Xiaomi 12 Pro
Xiaomi 12 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, mempunyai bateri 4,600mAh dan disertakan dengan pengecas 120W dalam kotak.
Telefon ini menyokong pengecasan wayarles pantas sehingga 50W melalui teknologi pengecasan Xiaomi sendiri.
Xiaomi mendakwa 12 Pro boleh mencapai pengecasan penuh dalam masa 42 minit melalui pengecasan wayarles 50W, namun malangnya pengecas wayarlesnya tidak tersedia di luar China.
Berita baiknya, ia juga menyokong pengecasan wayarles Qi, jadi anda boleh gunakan pad pengecasan wayarles yang ada untuk memanfaatkan ciri ini.
Xiaomi 12 Pro juga hadir dengan pengecasan wayarles berbalik pada 10W untuk menghidupkan aksesori seperti fon telinga wayarles.
.
5. OnePlus 10 Pro
OnePlus 10 Pro menawarkan pengecasan wayarles 50W dengan dok rasminya, dan boleh mengecas daripada kosong kepada lebih 50% dalam masa 15 minit.
Jika anda lebih suka pengecasan wayarles, OnePlus 10 Pro menyertakan teknologi pengecasan wayarles pantas sama seperti OnePlus 9 Pro.
Sama seperti pengecasan berwayar, pengecasan wayarles juga telah mendapat penjenamaan semula kepada AirVOOC, namun, teknologi asasnya masih kekal sama.
Kelajuan pengecasan Qi pula lebih perlahan pada 15W dan mempunyai sokongan pengecasan wayarles berbalik 5W untuk mengecas peranti seperti fon telinga.
.
Rumusan
Walaupun pengecasan wayarles mungkin tidak sepantas palam tradisional, keupayaan untuk meletakkan telefon pada blok pengecasan wayarles, tempat duduk atau bahkan di meja, boleh membawa perubahan besar kepada telefon dan pengalaman anda sebagai pengguna.
Sumber: Android Authority, Tech Advisor